Monday, 10 July 2017

Punca Liang Pori Besar

Hai semua 👋

Hari ni Cik Ana nak share satu topik iaitu Punca Liang Pori Besar. Liang pori ni biasa kita fokus pada wajah di sekitar bawah mata dan tepi hidung hingga ke pipi. Banyak sangat punca liang pori besar. Bila liang pori besar akan mendatangkan banyak kesan tidak baik pada wajah kita.

Jom kita cekidout

Punca Liang Pori Besar

🌸Kotoran

Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kotoran yang hinggap di muka seperti sisa solekan, debu, asap dan bermacam lagi. Ini akan menyebabkan pori-pori akan tersumbat dan terbuka luas.

🌸Minyak

Kulit muka yang berminyak secara berlebihan akan membuatkan pori-pori akan menjadi lebih besar. Fungsi sebenar minyak pada wajah adalah untuk menjaga pori-pori dengan membentuk lapisan, akan tetapi jika berlebihan akan menyebabkan pori–pori terbuka lebih luas.

🌸Bakteria

Pertumbuhan bakteria pada wajah akan menyebabkan terjadinya whitehead atau blackhead yang mana akan menyebabkan pori-pori wajah tampak lebih besar.

🌸Cuaca Panas

Pendedahan kepada sinar matahari dan bahang panas akan menyebabkan kita berpeluh dengan lebih banyak, ini juga akan mendorong kepada pembesaran saiz pori wajah.

 🌸Faktor Genetik

Ada sesetengah genetik mempunyai masalah liang pori wajah yang besar

🌸Faktor Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang, berlemak dan berminyak juga adalah salah satu faktor penyumbang kepada pori wajah yang besar.

🌸Penuaan

Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori di sokong oleh dermis dan epidermis. Apabila dermis kehilangan keanjalan, ia akan hilang sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan pori menjadi lebih besar.

Friday, 19 May 2017

Introduction to Mary Jardin

Pernah dengar Mary Jardin?

Mary Jardin ni adalah sejenis skincare

Ia bagaikan satu fenomena tau bila muncul di kala orang sedang sesat teraba-raba mencari-cari skincare yang selamat dari bahan-bahan kimia berbahaya.

Bila orang dengar je Mary Jardin ni mesti orang tanya. Produk dari mana ni? Produk antarabangsa ke??

Tak. Bukan. Ini produk Malaysia. Hasil air tangan seorang doktor anak Malaysia yang buat. Hebat kan?

Meh Cik Ana cerita sikit sejarah asal usul nama MARY JARDIN ni..

MARY - berasal dari nama pengasas Mary Jardin iaitu Dr. Maryam Al-batul Azizuddin.

JARDIN - bermaksud TAMAN dalam bahasa Perancis

Kenapa taman??

Sebab rangkaian produk Mary Jardin seeeeemuanya berasaskan wangian semulajadi LAVENDER. No artifical fragrance okey. Yela skincare mesti nak wangi sikit. Takkan nak bau mashamm pulak kann. Kaler tema Mary Jardin pun pepel-pepel lavender gituu

Best kan? Best kan? Unikkk sangat

Dr. Maryam ni memang asal die seorang doktor perubatan. Dan beliau juga pernah berkhidmat dibawah Unit Dermatologi.

Ni lah salah satu reason Cik Ana terjebak dalam dunia bisnes skincare pulekk

Lain-lain kali kite story mory lagi eh pasal MARY JARDIN ni

Sekian dari Cik Ana :)   ===================================

Punca Liang Pori Besar

Hai semua 👋 Hari ni Cik Ana nak share satu topik iaitu Punca Liang Pori Besar. Liang pori ni biasa kita fokus pada wajah di sekitar baw...