Hai semua 👋
Hari ni Cik Ana nak share satu topik iaitu Punca Liang Pori Besar. Liang pori ni biasa kita fokus pada wajah di sekitar bawah mata dan tepi hidung hingga ke pipi. Banyak sangat punca liang pori besar. Bila liang pori besar akan mendatangkan banyak kesan tidak baik pada wajah kita.
Jom kita cekidout
Punca Liang Pori Besar
🌸Kotoran
Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kotoran yang hinggap di muka seperti sisa solekan, debu, asap dan bermacam lagi. Ini akan menyebabkan pori-pori akan tersumbat dan terbuka luas.
🌸Minyak
Kulit muka yang berminyak secara berlebihan akan membuatkan pori-pori akan menjadi lebih besar. Fungsi sebenar minyak pada wajah adalah untuk menjaga pori-pori dengan membentuk lapisan, akan tetapi jika berlebihan akan menyebabkan pori–pori terbuka lebih luas.
🌸Bakteria
Pertumbuhan bakteria pada wajah akan menyebabkan terjadinya whitehead atau blackhead yang mana akan menyebabkan pori-pori wajah tampak lebih besar.
🌸Cuaca Panas
Pendedahan kepada sinar matahari dan bahang panas akan menyebabkan kita berpeluh dengan lebih banyak, ini juga akan mendorong kepada pembesaran saiz pori wajah.
🌸Faktor Genetik
Ada sesetengah genetik mempunyai masalah liang pori wajah yang besar
🌸Faktor Pemakanan
Pemakanan yang tidak seimbang, berlemak dan berminyak juga adalah salah satu faktor penyumbang kepada pori wajah yang besar.
🌸Penuaan
Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori di sokong oleh dermis dan epidermis. Apabila dermis kehilangan keanjalan, ia akan hilang sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan pori menjadi lebih besar.
